Sunday, September 13, 2009

Luahan Seorang Sahabat…

Wahai wanita..

Kau makhluk perasaan.. dengan perasaanmu itu kau melahirkan sayang dan cinta.. perasaanmu sememangnya halus dan lembut.. lantaran itu kau mudah memberi cinta.. kau mudah jua menerima cinta..

Namun jika kau tidak berhati-hati.. perasaanmu itu boleh menjadi racun buatmu.. menyakitimu dan mungkin membunuhmu..

Inginku katakan padamu sayang.. keraskan sedikit hatimu.. ketegasan itu adalah pintunya.. iman itu pengukuhnya.. keraskan hatimu agar kau tidak dipermainkan sesuka hati.. bila diperlukan mereka kembali.. bila tidak perlu kau dipandang sepi.. bukankah kau juga makhluk perasaan? bukan benda yang hanya digunakan bila diingini..

Dengan jiwamu yang suci itu mereka mengambil peluang.. merayu kasihmu dengan kalimat menyusuk kalbu.. mungkin jua sebagai permulaan untuk menyentuh dirimu.. di manakah nilai harga dirimu di mata mereka? hati wanita di mulut lelaki, benarkah sayang?

Kau menggantung harapan pada mereka.. semangatmu menjulung bila mereka di sisimu.. saat mereka pergi semangatmu menjunam tiba-tiba.. kau tidak tahu apa yang kau inginkan.. kerana kau tidak membuat pilihan dan keputusan untuk dirimu.. apa gunanya menurut kata mereka apatah lagi jika tersasar dari syariat.. sedangkan mereka bukan sesiapa.. tiada hak untuk mengawalmu dan menentukan hidupmu.. adakah ini salah cintamu atau kau sendiri tidak berpendirian? maaf andai bicaraku lancang sekali..

Aku tidak mengganggap semua lelaki sama.. kerana ku tahu manusia ini pelbagai sifatnya.. masih ada yang menyayangi wanita seikhlas hati.. tidak mahu menerima walaupun diberi percuma jika bukan haknya.. masih ada yang tahu batas dirinya..masih ada yang memagari hatinya semata-mata takut akan Tuhan Yang Maha Melihat..

Selagi kau masih diberi pilihan.. fikirkanlah.. renungkanlah.. jangan kau menyalahkan yang lain kelak andai kau sendiri yang memilih jalannya.. memang manusia tidak boleh bersendirian dalam perjalanan ini.. namun jangan kau berdiri lama di pintu yang sudah tertutup kerana kau tidak menyedari ada pintu kebahagiaan lain menantimu..

Andai bicaraku kasar.. maafkan ku kerana berkasar denganmu.. aku hanya tidak mahu sahabat-sahabatku lupa bahawa kita adalah makhluk Allah jua.. sama seperti mereka dan yang membezakan kita adalah ketaqwaan.. kehidupan dunia adalah sementara.. aku tidak dapat bicara terus kepadamu.. andai nanti aku menyakiti hatimu.. cuma aku takut aku menjadi sahabat yang merosakkanmu.. membiarkan dirimu, merelakan perbuatanmu dalam keterpaksaan.. itukah sahabat?

salam sayang...


Disclaimer: tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana pihak..andai ada terasa hati..hanya kebetulan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini berdasarkan pengalaman hidup sendiri..

~Cerita Seseorang~

No comments:

Post a Comment