Saturday, September 05, 2009

Selesai dah satu keje..



Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi2 segar bugar ni,selepas menjengah ke blog Ati sekejap tadi,aku pn nak ceritakan sedikit pengalaman yang aku dapat sepanjang perjalanan hari ni..Pagi tadi, bagi melengkapkan tugasan Projek Ilmiah kami pelajar-pelajar tahun akhir,kami di bengkelkan bagi pengendalian perisian SPSS..bengkel yg sangat penting bagi pelajar-pelajar yang memilih kaedah Kuantitatif untuk Projek Ilmiah mereka..agak kecewa juga hati ni sebab awalnya.. aku, Ati ngan Odah dah buat temujanji dengan pegawai Kompleks Dar-Assa'adah untuk temuramah bersama penghuni di sana..semua ni untuk melengkapkan sebahagian tugasan subjek Kaunseling Pemulihan Akhlak..huh!nampaknye kene cari tempat lain lagi la untuk interview ni,fikirku..bukan mudah nak dapat peluang di situ..tempat yang dikawal sangat ketat kemasukan pelawat-pelawatnya..dan kali nii..terpaksa kami batalkan pulak..hmmm..tapi..tak lama kemudian,Ustaz Firdaus,pegawai di situ menelefonku semula dan aku mohon jasa baiknya untuk kami hadir pada petang ni..aalhamdulillaah..atas usaha dan budi bicaranya bersama pengetua,kami dibenarkan hadir..tapi perlu tepat 2.45 petang di sana..lepas menelefon ayah,minta ditunjukkan arahnya,kami bergegas dari Nilai ke KL..huh..tengah2 hari..hari Jumaat pulak tu..tengah2 orang ramai berpusu-pusu nak ke masjid menunaikan solat Jumaat,alhamdulillah sampai juga ke rumah..kemudian,tepat2 jam 2.45 petang,kami bertiga dh terpacak di depan pejabat..syukuur..sempat juga smpai..tersengeh kami bertiga..klu pegi kelas,tak pula punctual giler cam ni..he3..



aku dengan Odah memilih untuk menemubual penghuni atau dipanggil sebagai pelatih di situ..terima kasih pada mereka berdua kerana sanggup meluangkan masa dan berkongsi cerita bersama kami..maafla,x dpt nk kongsikan apa cerita mereka kerana ini adalah etika kami sebagai seorang kaunselor insyaallah..Ati pula menemuramah pengetuanya,Ustazah Aspalela Hasan untuk medapatkan input yang lebih..aku sangat tertarik dengan apa yang Ati dapat hasil perkongsiannya menemuramah tadi dan bercerita dengan kami di dalam kereta..

"Hanya satu yang saya ingin katakan.. berhati-hati dengan cinta..nilai semula cinta kamu samada mengikut syariat atau nafsu...cinta nafsu ini juga menyebabkan ada yang meletakkan keinginan diri di hadapan iman.. maka terlupalah meletakkan cinta di tempat yang betul.. cinta sememangnya kuasa yang hebat.. namun ia harus dipandu agar kuasanya digunakan seoptimum mungkin untuk menghasilkan impak yang hebat juga.. siapa yang tidak mahu diri disayangi dan menyayangi? dengan cinta manusia bangkit bermotivasi, berinsiprasi dan bersemangat..terasa kehidupan indah dan cabaran mampu diharungi lantaran jiwanya dipenuhi cinta..
Ilmu yang ada kadangkala tidak mampu mengawal diri apabila diri lemah kerana menurut nafsu.. moga Allah sentiasa memelihara kita dari fitnah cinta ini dan menjadikan cinta kepadaNya menyerap di seluruh pelusuk jiwa.." art-ceritaseseorang.blogspot.com.

Rasa terkesan di hati ni apa yang Ustazah Aspalela kongsikan bersama Ati dan disampaikan pada kami..

Buat sahabat baikku..aku titipkan kata-kata di atas tadi buat renungan dirimu juga..aku sangat2 mengharapkan moga Allah membantu kita menguruskan kasih sayang yang diberikanNya dan sampai ke syurgaNya..amiin..

Sebelum pulang,sedikit cenderahati yang mampu kami berikan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Dar-Assa'adah..



Huh!perjalanan pulang dari KL-Seremban cukup menguji kesabaran aku memandu tadi.. memang jem..biasalah..tapi kakiku x thn..dh nk krem dh rasanya..mana taknya, dr Selayang hampir2 sebelum sampai ke Nilai tu jem..kete manual..normal la tuu..nasib baik Odah ada..tukar driver la jap..hehe..mgrib baru kami sampai ke sini..ape2 pun, alhamdulillah.. dh selesaai satu keje..


No comments:

Post a Comment